Sunday, May 29, 2016

Pengenalan Kelas Anwari


Assalamualaikum.

Kelas Anwari adalah pusat pembelajaran yang menawarkan perkhidmatan Pengajian Al-Quran kepada kanak-kanak dan dewasa. Pembelajaran bermula dari peringkat asas Iqra sehingga khatam Al-Quran beserta tajwid. Penubuhan pusat pembelajaran inilah adalah diatas kesedaran betapa pentingnya Al-Quran & Fardhu Ain dalam kehidupan seharian.

Dengan adanya pembelajaran ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat setempat dan jiran mempelajari ilmu yang mulia & bermanfaat ini. Diantara perkhidmatan yang ditawarkan adalah :

> Kelas Pengajian Iqra
> Kelas Pengajian Al-Quran
> Mempelajari huruf-huruf Al-Quran, makhraj & sifat-sifatnya yang betul
> Mempelajari hukum tajwid Al-Quran

Kelas Anwari ditubuhkan juga bertujuan untuk membimbing masyarakat membaca Al-Quran yang fasih & betul. Disamping memenuhi permintaan masyarakat sekeliling yang inginkan kaedah pendidikan Al-Quran & Iqra secara teratur & sistematik. Kami berharap dengan adanya Kelas Anwari dapat melahirkan & membentuk generasi Al-Quran yang cemerlang Duniawi & Ukhrawi.


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment