Thursday, June 2, 2016

Lokasi Kelas Mengaji Anwari



Assalamualaikum.
Untuk rujukan yang berminat belajar mengaji di Kelas Mengaji Anwari yang kami sediakn, sedikit informasi lokasi Kelas Mengaji Anwari yang terletak di Taman Desa Jalan Klang Lama. Landmark yang terdekat adalah Midvalley, Maybank Jalan Klang Lama, Taman Desa Medical Centre, Tm Point Taman Desa & Desa Waterpark.

Taman yang berhampiran dengan lokasi kami adalah Kuchai Lama, Pantai Dalam, Taman OUG, Taman Medan, Taman Dato Harun & Taman Sri Sentosa. 

Post ini adalah untuk memudahkan pihak tuan mengetahui lokasi yang berdekatan atau mungkin untuk memudahkan pihak tuan yang masih mencari kelas mengaji yang berdekatan dengan tempat tinggal.

Untuk butiran lanjut boleh hubungi kami :

Puan Ina / Puan Masytah
Tel : 012-208 1447 / 018-764 9193
Email : khidmatpengasuhena@gmail.com

Atau tinggalkan komen/butir anda di ruang Borang Maklumat Hubungan.
Terima Kasih.

Monday, May 30, 2016

Keselesaan Pelajar, Keutamaan Kami










Assalamualaikum.

Untuk post kali ini kami kongsikan sedikit suasana & lokasi tempat pengajian untuk rujukan kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat yang kami sediakan.
Keselesaan pelajar adalah keutamaan kami, untuk memastikan pelajar dapat mengaji dalam suasana yang ceria, selesa, selamat & bersih. 

Suasana yang ceria, selesa, selamat & bersih membolehkan proses pengajian dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Dengan memiliki tempat yang baik, kelas yang bersih dan bangunannya yang selesa akan memberi kebaikan bukan sahaja kepada tenaga pengajar, tetapi juga kepada pelajar.

Semoga post untuk kali ini sedikit sebanyak membantu & menyakinkan pihak yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami. Mudah-mudahan ianya membantu.

Untuk info lanjut boleh hubungi kami :

Puan Ina / Puan Masytah
Tel : 012-208 1447 / 018-764 9193
Email : anwarikasih@gmail.com

Terima kasih!

Terbuka Kepada Semua Peringkat Umur


Assalamualaikum.

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba yang memberi 1001 manfaat & rahmat untuk kita, marilah kita manfaatkan dengan mengaji Al-Quran. Terbuka kepada semua peringkat umur, kanak-kanak hingga dewasa. 

Untuk info lanjut boleh hubungi kami :

Puan Ina / Puan Masytah
Tel : 012-208 1447 / 018-764 9193
Email : anwarikasih@gmail.com

Semoga post ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi info kepada anda.
Terima kasih!

Sunday, May 29, 2016

Kelas Bimbingan Al-Quran & Iqra



Assalamualaikum.

Kami menyediakan perkhidmatan Kelas Bimbingan dalam pengajian Al Quran & Fardhu Ain (Menengah dan Rendah) di Taman Desa Jalan Klang Lama. Kelas bimbingan yang kami sediakan terbuka kepada semua peringkat umur, kanak kanak hingga dewasa.

Kami juga menerima untuk kelas mengaji di rumah anda secara individu di kawasan yang berdekatan dengan Taman Desa. 

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami :

Puan Ina / Puan Masytah
Tel : 012-208 1447 / 018-764 9193
Email : anwarikasih@gmail.com

Atau tinggalkan komen/butir anda di ruang Borang Maklumat Hubungan.
Terima Kasih.
.

Pengenalan Kelas Anwari


Assalamualaikum.

Kelas Anwari adalah pusat pembelajaran yang menawarkan perkhidmatan Pengajian Al-Quran kepada kanak-kanak dan dewasa. Pembelajaran bermula dari peringkat asas Iqra sehingga khatam Al-Quran beserta tajwid. Penubuhan pusat pembelajaran inilah adalah diatas kesedaran betapa pentingnya Al-Quran & Fardhu Ain dalam kehidupan seharian.

Dengan adanya pembelajaran ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat setempat dan jiran mempelajari ilmu yang mulia & bermanfaat ini. Diantara perkhidmatan yang ditawarkan adalah :

> Kelas Pengajian Iqra
> Kelas Pengajian Al-Quran
> Mempelajari huruf-huruf Al-Quran, makhraj & sifat-sifatnya yang betul
> Mempelajari hukum tajwid Al-Quran

Kelas Anwari ditubuhkan juga bertujuan untuk membimbing masyarakat membaca Al-Quran yang fasih & betul. Disamping memenuhi permintaan masyarakat sekeliling yang inginkan kaedah pendidikan Al-Quran & Iqra secara teratur & sistematik. Kami berharap dengan adanya Kelas Anwari dapat melahirkan & membentuk generasi Al-Quran yang cemerlang Duniawi & Ukhrawi.


Terima kasih.